Thursday, November 1, 2012

Syarat dan Peraturan



SYARAT – SYARAT DAN PERATURAN UMRAH

01) DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

a. Passport antarabangsa yang masih sah laku 6 bulan dan mempunyai sekurang- kurangnya 4 muka surat yang kosong.
b. Salinan sijil nikah bagi pasangan suami isteri.
c. Salinan sijil kelahiran bagi jemaah 16 tahun kebawah.
d. Gambar berukuran paspot sebanyak 4 keping seorang . ( gambar pastikan berlatar belakangkan warna putih )
e. Buku akuan suntikan Meninggitis ACYW 150. ( boleh di dapati di klinik kerajaan atau pusat rawatan swasta.
(Dokumen diatas hendaklah sampai pada kami sebulan sebelum tarikh berlepas)

02) HARGA PAKEJ YANG DI TAWARKAN TERMASUK
a. Penginapan seperti yang tertera dalam harga pakej
b. Tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan insurans penerbangan pergi dan balik.
c. Makan dan minum 3 kali sehari masakan melayu secara buffet.
d. Air zam – zam 10 liter setiap jemaah.
e. Khidmat mutawwif dan visa umrah.
f. Pengangkutan semasa di tanah suci.
g. Ziarah di Madinah dan Mekah
h. Barangan Cenderahati seperti beg sandang; beg kecil, dan buku panduan.
i. Insurans Umrah.

03) HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK
a. Perbelanjaan persendirian seperti bil telefon, dobi, dan sebagainya.
b. Segala yang tidak dinyatakan seperti diatas.


04) NOTA
a. Jaminan untuk bilik berdua ( dbl room ) hanya untuk pasangan suami isteri sahaja kerana bilik berdua adalah terhad



SYARAT – SYARAT TAMBAHAN PAKEJ PILIHAN

A. TANGGUNGJAWAB
i Kami tidak bertanggungjawab terhadap perkara yang berlaku diluar kawalan seperti kelewatan penerbangan, kehilangan bagasi, kebakaran atau apa jua jenis kesusahan, kesulitan, ketidakselesaan, termasuk perkara yang berlaku disebabkan bencana alam yang dialami sewaktu
didalam penerbangan samada melibatkan kecederaan tubuh badan atau harta benda.
ii Semua objek – objek tajam dan logam tidak dibenarkan di bawa masuk kedalam pesawat. Sekiranya ingin membawanya anda hendaklah mengisytiharkannya semasa daftar masuk pesawat di lapangan terbang.


B. BERAT BAGASI
i Berat bagasi yang dibenarkan adalah seperti berikut
a. Kelas pertama 40 kilogram
b. Kelas perniagaan 30 kilogram
c. Kelas ekonomi 20 kilogram
ii Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya bayaran lebihan bagasi seperti yang ditetapkan akan dikenakan semasa pergi dan balik. Bayaran lebihan bagasi akan ditanggung sepenuhnya oleh jemaah.
SYARAT PAKEJ UMRAH


C. PENGANGKUTAN
i Untuk peserta FIT ( individu ) kami akan gunakan perkhidmatan bas Saptco kecuali bagi VIP, kami akan gunakan kapal terbang dan limosine.
ii Untuk kumpulan didalam lingkungan 8 orang, van akan digunakan.
iii Untuk kumpulan 8 hingga 15 orang, coaster akan di gunakan.
Iv Untuk kumpulan 15 orang keatas, kami akan gunakan bas yang boleh memuatkan seramai 50 orang jemaah.



D. PEMBAYARAN
i Wang pendahuluan RM 1,500.00 akan dikenakan semasa membuat penempahan.
ii Bayaran penuh perlu di buat selewat-lewatnya 1 bulan sebelum berlepas
iii Bayaran boleh dibuat secara tunai atau “ bank in” ke akaun :
MAYBANK BERHAD - 554026209088
Bayaran melalui cek dibuat atas nama:
AL-ABRAR TRAVEL & TOURS SDN BHD
iv Bayaran tambahan untuk perseorangan ( single ) akan dikenakan sekiranya tidak ada pilihan rakan sebilik atau atas sebab-sebab tertentu


E. PEMBATALAN
i Bayaran pendahuluan akan dipulangkan sekiranya tempahan hotel dan penerbangan tidak mendapat pengesahan.
ii Bayaran visa sebanyak RM 180.00 akan dikenakan sekiranya maklumat peserta telah dihantar ke Kementerian Haji Arab Saudi.
iii Sekiranya tiket penerbangan telah dikeluarkan, bayaran pulangan balik ( refund ) tertakluk pada pihak penerbangan. Begitu juga pihak hotel, bayaran pembatalan tertakluk pada budi bicara mereka.
iv Bayaran perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM 200.00 bagi pembatalan disaat – saat akhir.


F. PENAMBAHAN / PERTUKARAN PESERTA
i Penambahan / pertukaran peserta adalah tertakluk pada kekosongan penerbangan dan kesempatan masa untuk urusan visa.
ii Penambahan juga tetakluk pada kekosongan tempat penerbangan dan penginapan.


G. PASSPORT

i Bayaran passport antarabangsa, adalah dibawah tanggungjawab pihak peserta.
ii Passport antarabangsa Malaysia hendaklah mempunyai sah laku sekurang – kurangnya 6 bulan sebelum tarikh berangkat.
iii Passport juga hendaklah mempunyai sekurang – kurangnya 3 muka surat yang kosong.
iv Salinan passport hendaklah disertakan sewaktu pendaftaran pakej umrah.
v Passport asal dan dokumen yang berkaitan hendaklah diserahkan kepada syarikat sebulan hari sebelum tarikh berangkat.




H. VISA
i Pihak syarikat akan mengajukan permohonan visa kepada Kedutaan, walau bagaimanapun pihak syarikat tidak bertanggungjawab terhadap visa yang tidak dapat dikeluarkan oleh kedutaan.
ii Pihak syarikat mungkin akan meminta pertolongan peserta sekiranya Kedutaan memerlukan peserta atas sebab – sebab tertentu.
iii Urusan MAHRAM adalah dibawah tanggungjawab peserta. Pihak syarikat tidak bertanggungjawab sekiranya MAHRAM yang diatur syarikat tidak dapat pergi bersama atau terkandas.


I. PENGINAPAN

i Bilik penginapan hotel adalah tertakluk pada budibicara syarikat. Syarikat bebas untuk menggunakan hotel yang dibawah kelolaan pihak Muassasah tertakluk pada kekosongan.
ii Bilik berdua adalah terhad dan pihak syarikat mengutamakan pasangan suami isteri sahaja.
iii Rakan sebilik adalah pilihan peserta, keutamaan diberikan pada keluarga yang mahram berkongsi sebilik 3-4 orang. Sekiranya perlu syarikat akan mengasingkan bilik untuk lelaki dan perempuan. 


Pakej Umrah cuti sekolah 2013